Thursday 3 March 2011

Realiti

Siapa kata ummat Islam kini sudah cukup berislam? Ya, pasti ada yang memilih islam keseluruhan.. Namun hakikatnya, majoriti umat islam kini sudah ikut terjebak dengan cara hidup westernisasi yang menjadikan mereka islam separuh.

Cuba anda celikkan mata hati.. Ya, seorang gadis bertudung dan berbaju kurung bunga-bunga, keluar dari pintu rumahnya. Sungguh ayu. Sambil melihat ke luar pagar, dia kelihatannya tersenyum. Oh, seorang lelaki menunggu di hadapan pagar. Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta yang kemudiannya menderu laju entah ke mana.. Tidakkah mata hati anda tersentak penuh persoalan? Siapakah gerangannya si lelaki? Setahu anda, gadis itu masih bujang, malah tinggal bersama rakan-rakannya yang lain di rumah sewa itu.. Aduhhh.. mesranya... Hati anda lantas beristighfar..


Lalu anda meneruskan hari anda. setibanya di kampus, pelajaran dimulakan jam 9 pagi. Hari itu, kuliah sungguh panjang, langsung berterusan sehingga pukul 4 petang. Alhamdulillah, lecturer anda memberikan waktu 20 minit untuk bersolat zohor. Dalam perjalanan ke surau, anda melihat segelintir rakan-rakan anda lelaki dan perempuan ada yang terus menuju ke kafe. Lalu terdetik dalam hati anda. "Mungkin mereka akan solat setelah beredar dari kafe." Setelah anda selesai solat, anda menyedari bahawa anda seorang saja yang berada di surau itu. Tidak mengapa, anda melalui jalan yang sama utk kembali ke kelas, kelihatannya rakan-rakan anda tadi rupanya masih di kafe. Mereka kemudiannya bergerak terus ke kelas seiring anda. timbul satu lagi persoalan di hati anda, "Mereka ini dah solat zohor ke?".. Sayangnya, anda tak pasti apa jawapan kepada persoalan itu..

Setelah penat seharian, anda pulang ke rumah. Ketika menunggu waktu isyak tiba, kedengarannya sayup-sayup bunyi-bunyian muzik. lalu anda terfikir dari mana datangnya bunyi bising tersebut. Ah, lantas anda teringat, semalam ada rakan-rakan yang mengajak anda ke konsert mini yg diadakan di padang berhampiran taman perumahan anda. Kata mereka, konsert mini itu sungguh hebat! Ada artis-artis terkenal yang baru dan yg evergreen pun datang! Konsert bermula jam 8 malam. Jadi, pastinya sudah bergegar tapak konsert itu. entah berapa ramai lah penonton-penonton yang sudah siap sedia tertunggak di situ menanti artis pujaan mereka. Anda beristighfar lagi.. Dalam hati anda, sedih memikirkan.. Nampaknya malam itu tidak akan kedengaran suara azan isyak yang selalu berkumandang sayu setiap hari. Tenggelam dengan bunyian dram dan gitar serta sorakan manusia-manusia.

Ahh.. hidup.. Dari pagi hingga malam, terasa penat mengingatkan hal-hal yang begitu menyesalkan hati anda. Nampaknya mungkin benar. Bukan.
Memang benar. 
Umat islam kini sudah kritikal. jangankan memilih islam separuh, suku saja pun entah belum pasti. Wallahu 'alam.. Sesungguhnya fitrah manusia itu memang dilahirkan bersih. Tapi ianya takkan kekal bersih hanya dengan nama Islam keturunan. Jangan biarkan orang-orang yang kita sayangi, termasuk siapa saja saudara seagama kita, mengotori fitrah mereka. Kita ada tugas!

Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang MENYERU KEPADA ALLAH dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri).' (Al Quran 41:33)


Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment