Tuesday 29 March 2011

5 musuh Islam

InsyaAllah ingin saya kongsikan tentang 5 point penting berkenaan dengan ancaman kepada ummat islam.




Terdapat 5 perkara yang menjadi musuh dan ancaman kepada orang Islam.
yang pertama disebutkan adalah mukmin yang mendengki. persoalannya, mengapa point ini menjadi yang pertama? 
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.”                                             (Hadith riwayat Al-Tirmizi)
 Jelas dalam hadis ini Rasulullah menyebutkan tentang dua perkara. Pertama, sifat tamak akan harta dan yang kedua sifat hasad dengki. Apabila seseorang Muslim memiliki dua sifat ini bermakna, seolah-olah dia ditimpa bencana yang lebih serius daripada melepaskan dua ekor serigala lapar dalam kandang kambing. Sifat-sifat ini akan membaham iman kita umpama serigala lapar membaham mangsanya. Sifat-sifat ini akan menghapuskan segala sisi-sisi kebaikan kita umpama api membakar hangus sebatang kayu kering. Awas.


Yang kedua disebutkan adalah munafik yang membenci. Sesungguhnya golongan munafiqun ini mengajak kepada kemungkaran dan melarang amar  makruf. Mereka adalah golongan yang lupa kepada Allah lalu bertungkus lumus mengajak umat islam menjadi sama seperti mereka. Sepertimana dalam Surah 9 ayat 67.


 ٦٧. الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُواْ اللّهَ فَنَسِيَهُمْ  إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

67. Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya . Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. (At Taubah:67)
Semoga kita tak terjebak dalam hasutan orang munafiq, tak lemah dengan cacian dan hinaan mereka, dan tak terpedaya dengan tipu daya mereka.


Yang ketiga, musuh-musuh orang-orang islam adalah golongan kafir yang memeranginya. Contoh paling jelas, adalah ratusan peperangan yang disertai Rasulullah demi menegakkan agama Allah. Betapa teguhnya hati-hati orang-orang mukmin yang tulus mempertahankan agama Allah sehingga kita umat islam akhir zaman ini masih ada yang berpegang teguh dengannya. Namun jangan kita leka, walaupun secara fizikalnya kita tak benar-benar 'diserang', hakikatnya kita semakin lumpuh dengan perang pemikiran golongan musuh-musuh Allah ini. Lihat saja akidah umat islam kini yang goyah, akhlak yang bertentangan dengan ajaran agama, hampir semua cabang hidup sebagai seorang Islam bermasaalah. mengambil Islam hanya separuh-separuh. Sebab itulah bukti-bukti kejahiliyahan zaman dahulu, muncul kembali.


Zina berlaku di mana-mana, bayi dibuang umpama plastik gula-gula, fitnah dan penyelewengan menjadi perkara tradisi, maruah Islam dicabar dengan lantang, darah orang-orang muslim ibarat makanan harian, peperangan umpama permainan teknologi dan yang paling teruk sekali, sampaikan kekasih Allah, Rasulullah sendiri dicemuh,dihina. Ayuh muslimin muslimat, ayuh bangun dari lelapmu, kita menyeringai penindasan yang terjadi, kita tumpaskan seluruh kebatilan, kita bina kembali khilafah islamiah yang tumbang ini.


Seterusnya, syaitan yang menyesatkan. Dalam al-quran jelas disebutkan dalam surah al- Fathir ayat ke 6.
    ٦. إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ 
6. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala   (Al-Fathir:6)
Allah nyatakan kepada hamba-hambaNya bahawasanya syaitan itu musuh kita. Anggap ia sebagai musuh sebenar-benar musuh. Syaitan itu mengajak kita menjadi penghuni neraka sama sepertinya. Jangan kita jadi leka dan lalai menjadikan syaitan sebagai teman karib. Sentiasalah memohon perlindungan dari Allah, banyakkan bertilawah dan berzikir serta membaca matsurat.


Yang terakhir sekali, adalah nafsu yang melawan. Keimanan yang teguh saja yang mampu menundukkan nafsu. jangan biarkan nafsu menguasai diri, kerana jika hal itu terjadi, kita akan jadi lemah dan kalah. lebih buruk lagi, kita kalah kepada diri sendiri. saya teringat kata-kata yang saya dengar dari sebuah pengisian,
Nafsu itu ditekan dengan tarbiyyah diri.
kata-kata ini berbekas di hati saya. benar. ayuh kita tarbiyyah diri, tegakkan iman dan tundukkan nafsu. ayuh  kita tarbiyyah keluarga kita, ayuh kita tarbiyyah sahabat-sahabat kita dan orang-orang di sekeliling kita supaya kita sama-sama menang dalam menjadi hambaNya yang diredhai. 


Wallahu 'alam. 

Sunday 20 March 2011

Jadi rama-rama..?

Syukur alhamdulillah. Saya teringat kata-kata murabbiyah saya. Hati tersentuh tapi sedikit pun tak tercalar.
Rasanya sedikit demi sedikit, terasa longgar iman, terasa santai dalam berdakwah. terasa seronok bersenang-senang. hingga akhirnya, terzahirlah efek negatif nya pada diri saya. Mutabaah yang terasa semakin berat. Dakwah terasa semakin membebankan. Tugas-tugas terasa ingin ditunda. Astaghfirullah..

Memang betul kata-kata Allah dalam kitabNya;
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa pada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik." (Al Quran 59:19)
kadang-kadang, kita tak sedar pun bila kita jauh dari Allah. Tapi kita boleh merasakan ada sesuatu yang tak kena. Contohnya rasa malas nak baca Al Quran. Kalau solat rasa nak cepat-cepat habis. Task-task dakwah dan task-task yang murabbiyah bagi kita lupa. Astaghfirullahal 'azim. Semoga Allah kembalikan kita ke jalan yang lurus dan menyelamatkan kita daripada menjadikan syaitan sebagai teman karib. Nauzubillah.

Sebaik sahaja kita terjaga dari kelalaian dan kelekaan, kita kena cepat-cepat bertaubat. jangan bertangguh lagi. Hidayah Allah tak tiba kepada orang-orang yang tak membersihkan hati nya dari titik-titik hitam yang menggelapkan dan memberatkan hati kita.

Jadilah kita seperti rama-rama. Proaktiflah untuk mengembangkan sayap. jangan tunggu dikerah, sebaliknya semaksima tenaga diserah demi dakwah fi sabilillah. Kalau seekor ulat beluncas yang sedang membina kepompong, lalu kita sendiri yang membelahkan kepompong itu supaya rama-rama itu mudah keluar. Yakinkah kita bahawa rama-rama itu akan sempurna sifatnya? Walaupun bersayap, akan mampukah ia terbang sendirian? Sama sahaja analogi itu dengan diri kita sendiri. Kalau kita tak berusaha sendiri untuk meng'upgrade' diri, pasti akan selamanya kita tinggal dalam kepompong pemikiran sempit lalu akhirnya riwayat hidup tamat di situ sahaja. 

Jadilah kita seperti ulat beluncas dalam kepompong. Binalah kekuatan dari dalam diri agar kita mampu membuat persediaan menempuh realiti hidup. Keluarlah dari kepompong dengan usaha yang tekun, istiqamah dan istimra'. Lalu tebarkanlah sayap kita yang cantik dan terbang ke seluruh tempat bagi menebarkan kebaikan. Kalau angin kuat yang meniup kita semasa terbang, maka berteguh hatilah dan bertawakkal kepada Allah. sesungguhnya angin kuat itu lebih baik kerana ia mendidik kita lebih dekat dengan Allah. Sebaliknya jika angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, berhati-hatilah dan jangan mudah leka dengan keselesaan,kerana kita bisa mengarahkan sayap ke tempat yang salah.

Wallahu 'alam.

Friday 18 March 2011

Promosi Majalah Sinergi


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, yang memberi keizinan, kekuatan dan kesungguhan kepada seluruh team produksi Synergy Media bagi meneruskan karya dakwah pena melalui SINERGI EDISI 4. 

Dapatkan majalah ilmiah, padat dengan informasi islamiah, ruhiah, dan dakwah. Hanya dengan RM 3 anda boleh dapatkan majalah comel ini daripada pengedar sinergi terdekat anda.

Sneak peak Sinergi 4 : 
Antara isi kolum menarik;
# Fokus : Dirimu Aku Sanjungi
# Kembara Fikrah : Mahu jadi apa?
# Qudwah : Ummu Syuraik
# Diagnosis diri : Qudwatun Hasanah
# Anjakan Paradigma : Hancurkan Takutmu!
serta banyak lagi artikel-artikel padat oleh kolumnis-kolumnis baru dan lama.

Ayuh, dapatkan SINERGI 4 segera! 

 

Sunday 13 March 2011

Jaulah Walimah

Alhamdulillah syukur.. Dah selesai semua..
Minggu ni saya dan ramai lagi akhwat berjaulah selama 4 hari 3 malam. Saya tak tahu lah maksud sebenar jaulah tu, lebih kurang macam musafir, berjalan jauh.
Dua malam dalam bas, dua malam di rumah. Tujuannya, nak hadiri walimah seorang ukhti kat Kuantan.
Tapi kali ni bukan satu saje, tapi dua walimah. Seorang ukhti lagi di Ipoh.

MasyaAllah kalau nak cerita bab jaulah, terlalu panjang. Ramai akhwat yang mengakui, setiap kali jaulah mesti mereka belajar sesuatu. Saya jugak, kerana itu saya cuba berlapang dada bila diajak berjalan jauh. Banyak perkara yang mengajar kami dan menguji jiwa kami agar kental dalam setiap perjalanan.

Yang paling utama adalah niat untuk berjaulah. Bukan berpergian saja-saja kerana ingin penuhi masa lapang, bukan kerana ingin penuhi permintaan orang lain, bukan kerana ingin bersuka ria. Niat utama, agar Allah meredhai perjalanan itu, dan agar Allah selamatkan kita walau dimana saja kita berada. Bila bermusafir, kita belajar agar ikhlas menginfakkan harta iaitu wang yang ada untuk beli tiket pergi balik serta biaya lain.

Selalunya, kami bermusafir dengan bas, dan pernah juga saya berjaulah menaiki keretapi. Dalam bermusafir, ujian yang datang mengajar kami agar sentiasa bersabar. Sentiasa berdoa mohon pertolongan Allah. Sentiasa bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada pada masa itu. 

Sesungguhnya ujian Allah adalah untuk menguji kita agar kita sentiasa kembali kepada kebenaran, bangun dari kelalaian, sedar dari alpa keselesaan hidup yang kita nikmati.
"Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). 
QS Al 'Araf 7: 168)
 Alhamdulillah, bila kita ditimpa ujian dari Allah, kita jadi semakin kuat memohon pertolongan dariNya. Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Lebih manis lagi, perjalanan ini saya lalui bersama akhwat-akhwat tercinta. Kehadiran mereka banyak membantu saya dan mengingati saya agar bersabar dengan ujian-ujian Allah. Semoga ujian-ujian ini tidak melemahkan kita tetapi mengutuhkan lagi kebergantungan kita kepada Allah, Rabbul 'Alamin.

Wallahu 'Alam.


Thursday 10 March 2011

Bangunan dakwah


Di suatu petang ketika saya bersama akhwat2 ingin keluar bersama:

Akhwat : "Anti tengok tu. Banyak sungguh palang-palang yang diorang guna untuk bina bangunan ni."

Saya : "A'ah.." 
Saya menjawab pendek. Di dalam hati terfikir lagi, 'Memang banyak pun, dari bawah sampai atas, dari hujung sini sampai hujung sana. Semua tempat yang nak dibaiki ada palang-palang tu.'

Akhwat : "Samalah macam dakwah kan?"
Akhwat tersebut meneruskan kata-kata. Saya terdiam. Dia menyambung..

"Samalah macam dakwah. Palang-palang tu macam daie-daie. Untuk bina kekuatan dakwah. Kena ada ramai daie-daie yang saling kukuh. Barulah bangunan tu boleh dibina dengan baik."

Saya : "Betul tu. Belajar dari alam. kan? " sambil merenung pekerja2 bangunan tu..

Kata-kata akhwat tu buat saya terfikir lagi. Tapi tak terkeluar, hanya simpan dalam hati.

'Memang betul. Kalau nak bina sebuah bangunan, palang-palang tu perlu banyak. Disekeliling bangunan tu ada palang-palang supaya mudah pekerja nak bergerak. Supaya mudah nak bawa barang-barang binaan dari bawah naik ke atas. Kalau ada tempat yang takde palang-palang tu, mesti tempat tu susah nak dibaiki. Dan kalau ada salah satu palang tu yang tak kuat, mesti yang lain jugak akan goyah. Dan mungkin2 saja roboh semuanya.'

Begitulah perumpaan yang Allah firmankan dalam al Quran;
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH. (Al Quran, 61:4)
Rasanya tak perlu dihurai lebih panjang. Poin utama adalah kesatuan para daie bagi memastikan gerak kerja dakwah sentiasa tip top. Ukhuwah yang terbina dengan kukuh merupakan salah satu faktor crucial juga. Ayuh, kita terus membina! 


Wallahu 'alam.

Tuesday 8 March 2011

gerakkan dirimu!


dalam gerak kerja dakwah,, fasiliti adalah antara faktor penting bagi menggencarkan lagi usaha para daie.
antara fasiliti yang dimaksudkan adalah seperti kenderaan milik para ikhwah akhwat.. barang-barang logistik dalam modul program, logistik makanan, audiovisual system dan sebagainya..

namun tak bermaksud, ketiadaan fasiliti-fasiliti ini boleh dijadikan alasan lemahnya gerak kerja dakwah.. itu sama sekali tak relevan. jika difikir kembali, di zaman rasulullah,, para sahabat.. para ulama salaf.. mujahidin dan daie daieyah terdahulu,, hanya sedikit atau tiada lansung fasiliti-fasiliti seperti kini.. 

dulu walaupun tiada four wheels vehicles, masih boleh saje mereka mengembara ke mana-mana saja.. malah ribuan batu dilalui dengan unta, malah dengan berjalan kaki! dulu, tanpa microfon, atau lcd projector dan sound system yang canggih, terlalu ramai yang sudi mendengar ceramah-ceramah mereka. bahkan hingga tak muat ruang masjid atau tempat-tempat majlis taklim.. 

tapi kalau nak dibandingkan sekarang.. banyak sungguh kelainannya. mashaAllah..
skarang, ikhwah akhwat dah boleh travel ke mana-mana saja yang terjangkau dek kaki,, malahan boleh follow up ke beberapa tempat dalam satu hari. dengan adanya public transport seperti bas, KTM, ETS, FireFly dan sebagainya, kita bebas bergerak. nak follow up boleh, nak ziarah ikhwah akhwat jauh nun disana,, nak buat program outdoor ke.. no problem, insyaAllah.

kalau ikhwah akhwat ada transport sendiri pun ok jugak. boleh bawak mad'u keluar ke program.. ikhwah akhwat pun boleh guna kenderaan dakwah ni untuk jimat masa, dan kos. yang penting, bila kita pinjam hak orang, kita kena jaga elok2.. kalau pinjam kereta, mesti drive carefully, kebersihan kena jaga, kos minyak, servis dan bermacam-macam kos lagi boleh sama2 diinfak oleh ikhwah akhwat.. sharing is caring kan.

ayuhlah daie daieyah,, be creative,, be flexible. kita sama-sama cari jalan untuk spread the dakwah. do all the things that are possible and aim for one thing that is 'mardhatillah..'

wallahu 'alam.



Sunday 6 March 2011

ujian satu, nikmat seribu

Alhamdulillah,, syukur kepada Allah.. Kita masih hidup dalam dunia pinjaman Allah, ruh kita masih dalam jasad milik Allah.. Kita bernafas dengan udara segar milik Allah, berjalan di atas bumi yang luas terbentang milik Allah, merasai nikmat panas mentari dan nyamannya hujan rahmat.. SEMUAnya milik Allah Al- Khaliq.

Selawat dan salam buat nabi junjungan, Muhammad SAW, penghulu umat manusia terakhir. Kerana penat lelah, titik peluh, kerahan tenaga dan keringat serta darah bagindalah yang tak pernah mengalah menyebarkan agama Allah..Kerana bagindalah kita masih merasai nikmat Islam dan Iman. Semoga kita menjadi ummat baginda yang menerima syafaat di akhirat kelak..

Dalam hidup ini, kita harungi pelbagai perkara. Pahit, manis, susah, senang, sedih, gembira, resah, tenang dan berbagai macam lagi.. Kadang-kadang kita rasa kita sedang melalui suatu ujian yang berat sekali.. Kita rasa penat, ingin berehat tapi belum mahu kalah. Kadang-kadang kita diingatkan dengan peringatan yang baik-baik.. 
Ingatlah,, ujian itu datang dari Allah, Dia menguji hamba-hambaNya untuk mengetahui siapa yang benar-benar beriman. Orang yang berjaya mengatasi segala ujian Allah dengan sabar dan tawakkal, dia lah orang yang menang..

Begitulah bait-bait kata-kata mereka yang sudi menebarkan kalimah-kalimah yang kembali mengajak kita mengingat Allah.. Kata-kata sebeginilah yang mampu meniup semangat juang dan inspirasi yang penuh azam baru dalam diri kita.. InsyaAllah..


Kita takkan pernah terlepas dari bisikan syaitan dan hawa nafsu yang tak pernah kalah mengajak kita berputus asa.. Beberapa hari kita rasa susah hati.. tak tenang.. ada yang tak kena. tapi tak tahu apa puncanya. berkali-kali hati dan jasad dipujuk menambah helaian-helaian dalam tilawah harian, tapi masih tak ketemu jawapan. Malah, semakin kuat lagi hati dipujuk menjadi semakin lemah..

Hari ini, ana berjumpa rakan-rakan akhwat tersayang.. Sambil berbual-bual dalam kereta, masing-masing menceritakan masalah sendiri. Rupanya ana tak keseorangan. mereka juga turut merasai hal yang sama. kebelakangan hari ini, mereka juga turut merasa tempiasnya, 'Tak tenang'. Something is wrong somewhere.


Lalu,, kami saling termenung memikirkan jalan keluar.. Ana bersandar di kerusi sambil melihat sebuah majalah islami yang terletak di seat belakang.. Hati tersentak, mata tak berkelip, akhirnya jawapan Allah tiba..
di kulit hadapan majalah itu, ana terbaca sesuatu kata..
Hitung Kesyukuranmu,, bukan Kesukaranmu...
Allahu akbar.. Subhanallah.. Persoalan 'berat' yang melanda hati-hati kami, akhirnya Allah balas sekelip mata.. Alhamdulillah..

Allah menyuruh kita agar tidak mudah kalah pada ujian. Sesungguhnya Allah menurunkan ujian bagi membuktikan siapakah di antara hamba-hambaNya, yang benar-benar beriman. kadangkala kita merasakan ujian dan dugaan yang kita hadapi dah terlalu sukar, dan kita takkan sanggup menghadapinya. Di saat hati kita lemah begini, syaitan dan nafsu mula membakar seluruh jihad yang kita miliki. kita diasak pelbagai bisikan agar berputus asa dan berhenti berharap kepada Allah.. Nauzubillah..

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah,
Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.... (Al Quran 2:286)
Begitulah janji Allah., kadang-kadang kita lupa dan lebih berkira dengan Allah. Ujian yang sikit sebegitu, kita terlalu mudah berputus asa, mengeluh.. Sedangkan nikmat yang kita dapat dari Allah,, takkan bisa terbilang dan tertulis dengan dakwat sebanyak air laut sekalipun!

ingatlah.. tatkala kita susah, kita muhasabah kembali, apa yang kita lakukan terhadap nikmat yang Allah pernah beri pada kita dulu.. ingatjuga, tujuan Allah menguji hamba-hambaNya,, untuk MENILAI KEIMANAN KITA.. mungkin-mungkin saja Allah rindu untuk  mendengar rintihan dan doa-doa kita..
itulah tanda Allah sayang pada kita.. 

Kata-kata seringkas itu  sebenarnya boleh membuatkan kita berfikir panjang.. Allah maha Kuasa, Dia maha Mengetahui walau apapun kata hati manusia.
Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Quran 3:29)
Begitulah bukti kekuasaan Allah, Dia sangat dekat dengan kita. lebih dekat daripada urat leher kita. Dia mendengar setiap bicara hati. kerana itu, mohonlah pertolongan Allah, nescaya Dia mengabulkannya. InsyaAllah..

 

Thursday 3 March 2011

Realiti

Siapa kata ummat Islam kini sudah cukup berislam? Ya, pasti ada yang memilih islam keseluruhan.. Namun hakikatnya, majoriti umat islam kini sudah ikut terjebak dengan cara hidup westernisasi yang menjadikan mereka islam separuh.

Cuba anda celikkan mata hati.. Ya, seorang gadis bertudung dan berbaju kurung bunga-bunga, keluar dari pintu rumahnya. Sungguh ayu. Sambil melihat ke luar pagar, dia kelihatannya tersenyum. Oh, seorang lelaki menunggu di hadapan pagar. Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta yang kemudiannya menderu laju entah ke mana.. Tidakkah mata hati anda tersentak penuh persoalan? Siapakah gerangannya si lelaki? Setahu anda, gadis itu masih bujang, malah tinggal bersama rakan-rakannya yang lain di rumah sewa itu.. Aduhhh.. mesranya... Hati anda lantas beristighfar..


Lalu anda meneruskan hari anda. setibanya di kampus, pelajaran dimulakan jam 9 pagi. Hari itu, kuliah sungguh panjang, langsung berterusan sehingga pukul 4 petang. Alhamdulillah, lecturer anda memberikan waktu 20 minit untuk bersolat zohor. Dalam perjalanan ke surau, anda melihat segelintir rakan-rakan anda lelaki dan perempuan ada yang terus menuju ke kafe. Lalu terdetik dalam hati anda. "Mungkin mereka akan solat setelah beredar dari kafe." Setelah anda selesai solat, anda menyedari bahawa anda seorang saja yang berada di surau itu. Tidak mengapa, anda melalui jalan yang sama utk kembali ke kelas, kelihatannya rakan-rakan anda tadi rupanya masih di kafe. Mereka kemudiannya bergerak terus ke kelas seiring anda. timbul satu lagi persoalan di hati anda, "Mereka ini dah solat zohor ke?".. Sayangnya, anda tak pasti apa jawapan kepada persoalan itu..

Setelah penat seharian, anda pulang ke rumah. Ketika menunggu waktu isyak tiba, kedengarannya sayup-sayup bunyi-bunyian muzik. lalu anda terfikir dari mana datangnya bunyi bising tersebut. Ah, lantas anda teringat, semalam ada rakan-rakan yang mengajak anda ke konsert mini yg diadakan di padang berhampiran taman perumahan anda. Kata mereka, konsert mini itu sungguh hebat! Ada artis-artis terkenal yang baru dan yg evergreen pun datang! Konsert bermula jam 8 malam. Jadi, pastinya sudah bergegar tapak konsert itu. entah berapa ramai lah penonton-penonton yang sudah siap sedia tertunggak di situ menanti artis pujaan mereka. Anda beristighfar lagi.. Dalam hati anda, sedih memikirkan.. Nampaknya malam itu tidak akan kedengaran suara azan isyak yang selalu berkumandang sayu setiap hari. Tenggelam dengan bunyian dram dan gitar serta sorakan manusia-manusia.

Ahh.. hidup.. Dari pagi hingga malam, terasa penat mengingatkan hal-hal yang begitu menyesalkan hati anda. Nampaknya mungkin benar. Bukan.
Memang benar. 
Umat islam kini sudah kritikal. jangankan memilih islam separuh, suku saja pun entah belum pasti. Wallahu 'alam.. Sesungguhnya fitrah manusia itu memang dilahirkan bersih. Tapi ianya takkan kekal bersih hanya dengan nama Islam keturunan. Jangan biarkan orang-orang yang kita sayangi, termasuk siapa saja saudara seagama kita, mengotori fitrah mereka. Kita ada tugas!

Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang MENYERU KEPADA ALLAH dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri).' (Al Quran 41:33)


Wallahu 'alam.

Tujuan Hidup



ada sesetengah orang, sangat yakin dengan masa depan yang dia fikirkan..
to be very detailed, mereka merancang perjalanan hidup dengan 'baekk' skali.
contoh;

belajar di universiti - study hard to be listed in dean's list for every exams - involve in as many clubs, or events as possible in order to grab all those certs - mintak internship di workplace terbaik - grad dengan jayanya - lepas grad nak further master - sambil tu nak buat part time job, tambah income - kumpul2 duit nak beli keta, n cari rumah sewa - dah habis postgrad studies, nak cari kerja tetap n nak kena beli rumah - kumpul2 duit nak kawin - bila dah kawin kena rancang family plan pulak - kena kerja lagi kuat utk hantar anak-anak ke tempat study bagus2 - bila anak2 sume dah keja, bleh buat bisnes kecil-kecilan lepas dah pencen - tunggu anak cucu cicit bertambah dari semasa ke semasa - bisnes kecil2lan selepas pencen tu dah semakin berjaya, kena transfer pada anak2 - ingatkan dah boleh tarik nafas n goyang kaki main bersama cucu cicit - alih-alih kena babysit dorang pulak!

begitulah kitaran hidup majority homo sapien di malaysia..
takde yang salah pun dalam planning hidup seperti di atas, tetapi...

jika anda seorang muslim, planning ini sangatlah tidak sesuai untuk kita melainkan orang yg bermatlamat hidup sebegini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai golongan yang kabur dengan matlamat mereka itu!

kalau manusia cipta robot, bukan saja2 suka suki nak buat hiasan, sebaliknya robot2 ni dicipta dengan matlamat untuk melaksanakan sesuatu task! tak kisahlah kena buat kerja2 kilang ke.. kerja2 rumah ke..yang penting, penciptaan dan design robot2 ni sesuai dengan matlamat dia diciptakan!


begitulah konsep penciptaan manusia.. Allah tak ciptakan manusia saja2 tanpa tujuan.. ketika malaikat bertanya kenapa Allah nak cipta manusia? sedangkan manusia ni akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di bumi? lalu Allah mengatakan, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
kan? pasti ada sebab kenapa Allah cipta kita.. nak tahu apa sebab2nye? meh kita bukak surat cinta yg Allah bagi kat kita,, sape2 yang dah lama tak bukak surat cinta tu, mungkin dah berhabuk agaknye atas almari tu,, yang mana slalu bukak tu,, ok jum kita selak Surah ke 51 ayat ke 56. 
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (Al-Quran 51:56)
ok, first jawapan dah dapat, tujuan penciptaan kita adalah untuk BERIBADAH kepada Allah,, meh reflect balik planning kat atas tadi,, kalau takde dalam planning, cepat2 tambah!
ok jawapan kedua; jum selak2 lagi surat cinta tu, tengok surah 2 ayat 30.
Dan ketika tuhanmu berfirman kpd para malaikat, "Aku hendak menjadikan KHALIFAH di muka bumi." mereka berkata; "Apakah Engkau hendak menjadikan org yg merosak dan menumpahkan darah di sana? sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mensucikan namaMu?" maka Allah berfirman; "Sungguh, Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui." (Al-Quran 2:30)
ok,, dah dapat jawapan? skarang ni nak bagi last jawapan, skarang buka surah 3 ayat 110.
Kamu (umat Islam) adlah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) MENYURUH (berbuat) YG MAKRUF, dan MENCEGAH DARI YG MUNGKAR, dan BERIMAN KPD ALLAH... (Al-Quran 3:110) 
jadi.. gunakan akal kita untuk berfikir, gunakan mata melihat tanda-tanda kebesaran Al-Khaliq, gunakan seluruh nikmat yg Allah bagi, untuk kita syukuri segala-galanya.. ingat ye,, Allah tak cipta kita saja2 je.. ada task2 yg kita kena setelkan sebelum setiap daripada kita transit ke alam seterusnya..
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al Quran 23:115)
jadi,, apa kata kita modify planning yg dah bagus tadi, menjadi double triple bagus lagi! ingat.. jangan jadi makhluk yang sia-sia je hidup kat muka bumi ni.. bernyawa, bergerak, tapi sikit pun tak memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain! semoga kita tak jadi buruk di pandangan Allah.. penat2 plan untuk berjaya dunia, tapi akhirat... wallahu 'alam..
Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yg tidak mengerti. (Al Quran 8:22)
 semoga kita saling ingat mengingati akan cinta Allah dan cinta Rasul!