Sunday 13 March 2011

Jaulah Walimah

Alhamdulillah syukur.. Dah selesai semua..
Minggu ni saya dan ramai lagi akhwat berjaulah selama 4 hari 3 malam. Saya tak tahu lah maksud sebenar jaulah tu, lebih kurang macam musafir, berjalan jauh.
Dua malam dalam bas, dua malam di rumah. Tujuannya, nak hadiri walimah seorang ukhti kat Kuantan.
Tapi kali ni bukan satu saje, tapi dua walimah. Seorang ukhti lagi di Ipoh.

MasyaAllah kalau nak cerita bab jaulah, terlalu panjang. Ramai akhwat yang mengakui, setiap kali jaulah mesti mereka belajar sesuatu. Saya jugak, kerana itu saya cuba berlapang dada bila diajak berjalan jauh. Banyak perkara yang mengajar kami dan menguji jiwa kami agar kental dalam setiap perjalanan.

Yang paling utama adalah niat untuk berjaulah. Bukan berpergian saja-saja kerana ingin penuhi masa lapang, bukan kerana ingin penuhi permintaan orang lain, bukan kerana ingin bersuka ria. Niat utama, agar Allah meredhai perjalanan itu, dan agar Allah selamatkan kita walau dimana saja kita berada. Bila bermusafir, kita belajar agar ikhlas menginfakkan harta iaitu wang yang ada untuk beli tiket pergi balik serta biaya lain.

Selalunya, kami bermusafir dengan bas, dan pernah juga saya berjaulah menaiki keretapi. Dalam bermusafir, ujian yang datang mengajar kami agar sentiasa bersabar. Sentiasa berdoa mohon pertolongan Allah. Sentiasa bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada pada masa itu. 

Sesungguhnya ujian Allah adalah untuk menguji kita agar kita sentiasa kembali kepada kebenaran, bangun dari kelalaian, sedar dari alpa keselesaan hidup yang kita nikmati.
"Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan, di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). 
QS Al 'Araf 7: 168)
 Alhamdulillah, bila kita ditimpa ujian dari Allah, kita jadi semakin kuat memohon pertolongan dariNya. Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Lebih manis lagi, perjalanan ini saya lalui bersama akhwat-akhwat tercinta. Kehadiran mereka banyak membantu saya dan mengingati saya agar bersabar dengan ujian-ujian Allah. Semoga ujian-ujian ini tidak melemahkan kita tetapi mengutuhkan lagi kebergantungan kita kepada Allah, Rabbul 'Alamin.

Wallahu 'Alam.


No comments:

Post a Comment