Friday 29 April 2011

Sakitkah bumi..?


Apakah rasanya jadi bumi?

Di suatu bahagian, manusia melakukan kemungkaran. Maksiat merata-rata. Lelaki dan perempuan berzina, berkhalwat, bermaksiat tak henti-henti. Lelaki tak habis-habis dengan dunia seks dan porno. Perempuan tak reti-reti menutup aurat dan memelihara maruah.

Di suatu tempat, wujud terlalu banyaknya tempat-tempat syaitan berkunjung. Ada disko. Hotel tempat maksiat, rumah urut. rumah pelacuran. serba-serbi lengkap dengan segala jenis kemaksiatan yang membuktikan kejahiliyahan manusia moden!

Di suatu tempat yang lain pula, ada manusia yang leka. Mudah sungguh kerja syaitan menggoda manusia sebegini. Tak perlu susah-susah dipujuk rayu. Manusia sendiri yang memilih jalan kesukaan syaitan. Di suatu stadium, ribuan manusia yang leka dengan obsesi mereka tanpa menghirau waktu solat bahkan azan sekalipun. Di suatu stadium lain pula, jutaan manusia terlompat-lompat, terkinja-kinja mengikut rentak nyanyian artis pujaan mereka. Ratusan ringgit dihabiskan demi sekeping tiket ke konsert pujaan. 

Allahu akbar...

Kasihan bumi.. Pasti dia sakit. 
Kadangkala bila hujan turun, rasanya seperti bumi menangis.


REBLOG IF YOU CARE FOR OUR MOTHER EARTH.

Tuesday 26 April 2011

ukhuwahfillah abadan abada.

Rindunya antunna semua.. Walaupun saya tak banyak involve dalam slot.. Masih lagi saya rasa persahabatan yang sangat kuat dengan antunna semua. Saya ambil banyak gambar antunna, harap-harapnya saya takkan lupa antunna.. walaupun ada yang sama umur dengan saya, dan ada yang lagi muda dari saya, semuanya rasa macam kawan-kawan baik walaupun baru saja kenal.

Memang benar ukhuwah kerana Allah itu indah. Dalam konsep al wala wal bara' (الولاء والبراء ), ada bahagian yang benar-benar membuatkan saya mengangguk mengiyakan kata-kata murobiah saya. Materi ini baru saja saya ketahui, dan ia adalah di bawah tajuk besar syahadatain. Namun, saya ingin kaitkan sedikit saja.

Dalam konsep al bara' (mengingkari), ada bahagian البُغْضُ (membenci) iaitu membenci segalanya yang tidak menjadikan Allah sebagai Ilah. manakala dalam konsep al wala' (kesetiaan), ada bahagian المَحَبَّةُ (mencintai) iaitu mencintai Allah sebagai Ilah yang satu.

Kami berbincang sedikit tentang tahapan cinta, seperti dalam surah at-taubah ayat ke 24;

 . قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ 
Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
cinta yang utama adalah kepada Allah. Jika kita mencintai Allah, pasti cinta terhadap yang lainnya seperti ibu bapa, keluarga, sahabat dan sebagainya akan datang dan dijaga dengan baik oleh Allah. Jika kita lebih memilih mencintai ibu bapa lebih kepada cinta kepada Allah, kita takkan mampu menjaga cinta itu hingga akhirnya. Sebaliknya, jika kita mencintai Allah, kemudian mencintai ibu bapa kerana Allah, nescaya Allah menjaga cinta kita dengan baik, dan berkekalan kerana Allah itu kekal.

Ukhuwah kerana Allah pastinya akan terjaga dengan ikatan ukhuwah imaniyah. Jika kita terpisah sekalipun, yakinlah Allah pasti akan menjaga ukhuwah ini kerana kita miliknya. Ihfazillah, yahfazka..
wallahu 'alam..


Ukhuwah ibarat sup,,

Alhamdulillah.. Dah lama tak menulis. Kali ni short entry saja berkenaan dengan sup bunjut. 
Mungkin sepertinya tak relevan untuk menulis tentang sup bunjut tapi tak mengapalah. Ada 
sesuatu yang saya belajar daripadanya. 

Pernah baru-baru ini saya dilantik sebagai ajk makanan untuk daurah bersama akhwat tersayang..
Kami masak sup petang tu. Alhamdulillah walaupun simple tapi masih sedap dan berselera dimakan, tambahan lagi makan bersama, ramai-ramai, mestilah tambah sedap.

Sampai habis sup dalam periuk. Lalu saya katakan pada akhwat yang ada di dapur..

"Eh, patutlah sup ni rasa rempah kuat sangat.. rupa-rupanya ikatan ni dah terbuka. Patutlah ada banyak rempah-rempah yang kita tak pernah tambah pun.."

akhwat di sebelah membalas, "Baguslah.. tu yang rasa sedap tu.."

"Aah betullah. Mungkin ikatan ni tak kuat sangat. Orang yang buat sup bunjut ni guna benang satu kali simpulan je. Patutla senang tanggal.."

lalu sambungnya lagi.. 
"Sup bunjut tu macam ukhuwah la kan.. Ukhuwah buat kita ada ikatan yang menyatukan. Namun, ikatan tu takkan pernah buat kita 'terikat', sebaliknya kita akan mudah membuka ikatan ni untuk menarik lebih ramai lagi kawan-kawan untuk bersama-sama kita. Tak semestinya kita terikat dengan kelompok ni saja. yang penting..sebarkanlah rasa manisnya ukhuwah ni kepada orang-orang di sekeliling kita jugak..."

kami senyum ramai-ramai... memang betul kata ukhti.. Ukhuwah tu macam sup bunjut jugak kan.. Apabila ada ukhuwah, kemanisan dalam kebersamaan tu bukan saja dirasai oleh kita saja, malah orang-orang yang disekeliling kita jugak patut rasa ukhuwah yang kita rasa.. Sama macam sup bunjut, tak kiralah masih terikat atau sudah terbuka ikatannya, yang penting rasanya masih sedap!