Friday 18 February 2011

Teruskan Perjuangan!

Seringkali kita mengucapkan, cinta tahap teratas adalah cinta kepada Allah. Jika kita buka mana-mana kamus, pasti ditunjukkan bahawasanya CINTA itu adalah kata kerja, 'verb'. Ianya perlukan pembuktian. Semoga seluruh amal, ibadah dan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan, menjadi pembuktian cinta kita kepada Allah sekaligus membawa kita kepada penemuan mutiara yang dicari iaitu, REDHA Allah.. InsyaAllah.

Seharusnya, tugas dakwah ini dipikul oleh setiap muslim. Ayuh para daie, kita semarakkan perjuangan di medan ini agar semua ummat islam yang terleka, kembali menyedari tugas-tugas yang menjadi kewajipan kita sesama Islam ini. Dalam usaha dakwah ini, suatu key point yang amat penting untuk ditekankan adalah;
Laksanakan dakwah yang menyentuh hati, bukan dakwah yang menyakiti hati.
Sesungguhnya ummat Islam adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk sekalian manusia kerana;
1) ummat Islam menyuruh berbuat yang makruf
2) ummat Islam mencegah perbuatan mungkar
3) ummat Islam beriman kepada Allah

Kenapa terlalu sukar dan sepertinya mustahil untuk mengembalikan kegemilangan daulah Islamiyah seperti di zaman nabi dan para sahabat terdahulu..?

Ketahuilah bahawasanya ummat Islam kini butuhkan da'ie yang bergerak menyebarkan kefahaman Islam.
Walaupun pentadbiran negara dipimpin golongan Muslim, namun kelihatannya masih sukar untuk membawa perubahan kepada peningkatan agama ini. Jawapannya diberikan oleh kata-kata Hassan al- Hudaibi;
Tegakkan Islam di dalam diri, nescaya Islam akan tertegak di bumi.
Adalah tugas para daie untuk menegakkan Islam dalam diri setiap ummat kerana para daie memiliki kesedaran itu dan ilmu yang mendalam. Benar, kita sememangnya hidup dalam golongan idealis yang memiliki tahapan IQ yang tinggi dan berpotensi dalam peningkatan hidup ummat, namun, tugas para daie lebih penting dalam membina ummat yang memahami Islam dan mengamalkan Islam secara keseluruhan.

Rasulullah boleh-boleh sahaja menerima tawaran musyrikin Makkah yang menawarkan jawatan dalam pemerintahan asalkan baginda bisa berhenti berdakwah. Jika dilihat dari luaran, bisa sahaja Rasulullah menegakkan Islam dengan mudah kerana baginda bisa memegang tunggak pemerintahan. Namun, kekasih Allah ini memilih jalan dakwah, yang menjanjikan kesulitan dan ujian yang bertimpa-timpa dari Allah.

Apa alasannya?
Kerana, baginda menyedari, sekiranya pemerintahan diambil alih oleh Islam lalu seluruh sistem diolah mengikut cara Islam, pasti tambah huru-hara masyarakat, lantas masyarakat Islam sendiri yang bisa menjadi peruntuh siasah Islam itu sendiri. Ini kerana, masyarakat masih belum memahami islam dengan sebetulnya.
Lalu, baginda memilih jalan dakwah, agar bisa menyemai kefahaman Islam dan iman yang tinggi dalam hidup masyarakat di zaman itu. Hasilnya? Nah! 23 tahun usia dakwah nabi, menghasilkan kerajaan islam yang cukup baik!

Di zaman kini, 1/5 bilangan penduduk bumi adalah ummat Islam. Tidak dijamin lagi jika ada seorang pemimpin Islam yang bangun untuk merombak seluruh sistem mengikut kaedah islam, akan  mendapat sokongan penuh 1/5 ummat Islam dunia kini. Bisa-bisa sahaja, di antara 1/5 ummat manusia ini, kebanyakannya menentang pemerintahan Islam itu sendiri.

Sebagai ringkasan, usaha dakwah itu takkan bisa dihentikan. Ummat Islam butuhkan daie yang bergerak menyebar kefahaman Islam, bukan pemerintahan islam yang menaungi ummat yang masih huru-hara berkenaan Islam.

Wallahu 'alam.

Elemen Penting dalam Usaha Dakwah

3 Elemen Penting dalam Usaha Dakwah

InsyaAllah, poin-poin dalam entri ini ana dapat daripada sebuah forum yang baru berlansung.
Tertarik dengan penekanan poin elemen-elemen usaha dakwah yang diutarakan oleh salah seorang panel;

1) Meyakini kemuliaan risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W
2) Memiliki 'izzah dalam menganuti dan mengamalkan ajaran Islam
3) Mengharapkan bantuan Allah semata-mata

Dalam buku berjudul Beginilah jalan Dakwah Mengajarkan Kami tulisan M Lili Nur Aulia;

Jalan dakwah dilalui oleh orang-orang berikut;
- kumpulan orang-orang yang menginginkan perjalanan menuju kebahagiaan akhirat kelak
- orang-orang yang tidak takut dengan sulitnya perjalanan yang mereka tempuhi
- orang-orang yang berusaha menumpaskan syahwat dan hawa nafsu dunia
- orang-orang yang menyedari bahawa dunia adalah jambatan menuju suatu penghujung. Mereka tidak berlama-lama dalam beristirehat di jambatan ini

Sebagaimana dlm al-Quran, Ibnul Qayyim Al Jauziyah turut menyebut tentang 3 golongan manusia;
1) Zaalimun li nafsihi - kelompok manusia yg tidak mahu mencari bekalan untuk sampai ke tujuan akhir kelak
2) Muqtasid - kelompok manusia yg menyediakan bekalan secukupnya saja agar dia bisa sampai ke destinasi akhir kelak. Mereka ini dikalangan orang yang rugi, kerana mengabaikan perdangan yg bisa menguntungkan mereka di akhirat kelak. Lihat Surah 61: Ayat 10 dan 11.
3) Saabiqun bil Khairaat - kelompok manusia yg berusaha meraih keuntungan yang sebesar-besarnya. Mereka menyediakan bekalan yang lebih dari cukup kerana mereka menyedari, di pertengahan jalan duniawi ini, ada saatnya mereka membutuhkan bekalan tambahan.

Wallahu 'alam.

Mengapa Kita Berada di Jalan Dakwah


Mengapa Kita Berada di Jalan Dakwah ?

1) Jalan dakwah mengajar kita membutuhkan dakwah.

 - kita mencari redha Allah 

 - kita inginkan balasan pahala dan syurga di akhirat kelak
"Barangsiapa mengajak kpd petunjuk Allah, maka ia akan mendapat pahala yang sama seperti sejumlah orang yg mengikutinya tanpa dikurangkan sedikitpun oleh pahala mereka." (HR Muslim)
 - kita ingin doa dari seluruh makhluk sebagaimana sabda Rasulullah,
"Sesungguhnya Allah, para malaikat, semut yg ada di salam lubang, bahkan ikan yang berada di lautan akan mendoakan orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia." (HR Tirmidzi)
2) Dakwah sebagai penghalang turunnya azab dari Allah
"Maka tatkala mereka melupakan apa yg diperingatkan kpd mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kpd orang-orang yang zalim, siksaan yang keras. disebabkan mereka selalu berbuat fasik." Al-A'raaf: 165

Wallahu 'alam 

Diulas drpd buku
Beginilah jalan da'wah mengajarkan kami
M.Lili Nur Aulia