Friday 18 February 2011

Teruskan Perjuangan!

Seringkali kita mengucapkan, cinta tahap teratas adalah cinta kepada Allah. Jika kita buka mana-mana kamus, pasti ditunjukkan bahawasanya CINTA itu adalah kata kerja, 'verb'. Ianya perlukan pembuktian. Semoga seluruh amal, ibadah dan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan, menjadi pembuktian cinta kita kepada Allah sekaligus membawa kita kepada penemuan mutiara yang dicari iaitu, REDHA Allah.. InsyaAllah.

Seharusnya, tugas dakwah ini dipikul oleh setiap muslim. Ayuh para daie, kita semarakkan perjuangan di medan ini agar semua ummat islam yang terleka, kembali menyedari tugas-tugas yang menjadi kewajipan kita sesama Islam ini. Dalam usaha dakwah ini, suatu key point yang amat penting untuk ditekankan adalah;
Laksanakan dakwah yang menyentuh hati, bukan dakwah yang menyakiti hati.
Sesungguhnya ummat Islam adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk sekalian manusia kerana;
1) ummat Islam menyuruh berbuat yang makruf
2) ummat Islam mencegah perbuatan mungkar
3) ummat Islam beriman kepada Allah

Kenapa terlalu sukar dan sepertinya mustahil untuk mengembalikan kegemilangan daulah Islamiyah seperti di zaman nabi dan para sahabat terdahulu..?

Ketahuilah bahawasanya ummat Islam kini butuhkan da'ie yang bergerak menyebarkan kefahaman Islam.
Walaupun pentadbiran negara dipimpin golongan Muslim, namun kelihatannya masih sukar untuk membawa perubahan kepada peningkatan agama ini. Jawapannya diberikan oleh kata-kata Hassan al- Hudaibi;
Tegakkan Islam di dalam diri, nescaya Islam akan tertegak di bumi.
Adalah tugas para daie untuk menegakkan Islam dalam diri setiap ummat kerana para daie memiliki kesedaran itu dan ilmu yang mendalam. Benar, kita sememangnya hidup dalam golongan idealis yang memiliki tahapan IQ yang tinggi dan berpotensi dalam peningkatan hidup ummat, namun, tugas para daie lebih penting dalam membina ummat yang memahami Islam dan mengamalkan Islam secara keseluruhan.

Rasulullah boleh-boleh sahaja menerima tawaran musyrikin Makkah yang menawarkan jawatan dalam pemerintahan asalkan baginda bisa berhenti berdakwah. Jika dilihat dari luaran, bisa sahaja Rasulullah menegakkan Islam dengan mudah kerana baginda bisa memegang tunggak pemerintahan. Namun, kekasih Allah ini memilih jalan dakwah, yang menjanjikan kesulitan dan ujian yang bertimpa-timpa dari Allah.

Apa alasannya?
Kerana, baginda menyedari, sekiranya pemerintahan diambil alih oleh Islam lalu seluruh sistem diolah mengikut cara Islam, pasti tambah huru-hara masyarakat, lantas masyarakat Islam sendiri yang bisa menjadi peruntuh siasah Islam itu sendiri. Ini kerana, masyarakat masih belum memahami islam dengan sebetulnya.
Lalu, baginda memilih jalan dakwah, agar bisa menyemai kefahaman Islam dan iman yang tinggi dalam hidup masyarakat di zaman itu. Hasilnya? Nah! 23 tahun usia dakwah nabi, menghasilkan kerajaan islam yang cukup baik!

Di zaman kini, 1/5 bilangan penduduk bumi adalah ummat Islam. Tidak dijamin lagi jika ada seorang pemimpin Islam yang bangun untuk merombak seluruh sistem mengikut kaedah islam, akan  mendapat sokongan penuh 1/5 ummat Islam dunia kini. Bisa-bisa sahaja, di antara 1/5 ummat manusia ini, kebanyakannya menentang pemerintahan Islam itu sendiri.

Sebagai ringkasan, usaha dakwah itu takkan bisa dihentikan. Ummat Islam butuhkan daie yang bergerak menyebar kefahaman Islam, bukan pemerintahan islam yang menaungi ummat yang masih huru-hara berkenaan Islam.

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment