Wednesday 1 June 2011

Pewaris bumi


pewaris bumi Allah itu adalah hamba-hambaNya yang soleh dan beriman.

untuk membina peribadi yang soleh dan beriman ini menuntut seseorang itu agar beramal berdasarkan sunnah serta mempersembahkan penghambaan yang sempurna kepada Allah.

bagaimanakah caranya untuk memiliki peribadi pewaris bumi ini?
Tidak lain lagi, sesorang itu harus sentiasa menerima tarbiyah islamiah. Di mana sahaja dia berada, ia harus mencari dan berdiri di dalam kelompok atau bi'ah islamiah itu sendiri. Persiapannya harus diperkemaskan, dari segi amal ibadah dan mutabaahnya, dari segi tsaqafahnya, serta jasmaniahnya harus teguh.

nah, hasil dari usaha-usaha yang disebutkan, maka akan terlahirlah seorang bakal pewaris bumi yang kreatif, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. bagaimanapun caranya, ketiga ciri yang terlahir ini harus sama-sama ada. tanpa ada satu pun yang kurang. 

Kesungguhan, kreativiti dan disiplin diri yang terbina ini akhirnya akan mencetak peribadi pewaris bumi Allah yang mampu berkorban dengan rela hatinya, tidak lelah malah semakin gencar amalnya, serta berhasil mencetus revolusi.

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ

"Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai oleh hamba-hambaKu yang saleh" (Al Anbiya; 21:105)

No comments:

Post a Comment