Thursday 11 August 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, kembali menulis. InsyaAllah kerana Dia.

Alhamdulillah, kembalinya Ramadhan kepada saya. Masih ada rupanya kesempatan untuk hamba berdosa seperti saya memasuki bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini.

Alhamdulillah, saya dapat lagi rasa itu. Rasa untuk mencari Dia kembali. Rasa kekosongan setelah digelapi dengan kesibukan duniawi. Rasa kotor dan hina. Rasa kerdil dan tiada daya. Rasa takut. InsyaAllah.

Fasa keberkatan sudah berlalu pergi. Fasa maghfirah mengungjungi. Fasa akhir, pelepasan dari api neraka insyaAllah akan menghampiri. Langsung..? Ramadhan pasti berlalu pergi. Entahkan tiba lagi, entahkan tidak.

Ramadhan....
Awwaluhu Rahmah,
Ausatuhu maghfirah,
Akhiruhu..itku minannar..

2 comments:

  1. salam sudah 1/3 ramadhan masih berbaki lg 2/3.mari fastabiqul khairats !

    ReplyDelete
  2. wasalam,
    insyaAllah, semoga Allah permudahkan :)

    ReplyDelete